Monday, May 9

Rahsia-rahsia YouTube



Salam...
     Di sini saya ingin kongsikan pengetahuan yang saya perolehi daripada teman-teman pejabat saya iaitu mengenai rahsia-rahsia YouTube. Pelbagai video telah di upload kan dari seluruh dunia untuk tatapan peminat-peminat ataupun pengumpul-pengumpul video untuk menonton dan mengumpul video kegemaran mereka.

=) Di sini saya ingin kongsikan 10 rahsia YouTube yang boleh digunakan untuk kemudahan kita.

1. Melihat High Quality Video

     Ada video-video yang boleh anda buka dengan versi high quality. Caranya iaitu dengan menambah beberapa tulisan ini di belakang link URL video yang anda buka:
  • &fmt=18 (untuk melihat versi stereo, resolusi 480 x 270)
  • &fmt=22 (untuk melihat versi stereo, resolusi 1280 x 720)
     Setelah anda menambah salah satu kod di atas pada alamat URL video di browser anda kemudian menekan Enter atau Go, maka paparan video YouTube yang anda buka akan menjadi lebih lebar dengan kualiti yang lebih baik.
2. Embed High Quality Video di Blog Anda

     Trick sebelumya berguna untuk melihat video yang high quality di YouTube. Semasa embed atau mencantumkan video kualiti bagus tersebut di blog anda, tambahkan kod berikut di akhir URL.
  • &ap=%2526fmt%3D18 atau &ap=%2526fmt%3D22
3. Skip Terus ke Bahagian yang Menarik

     Semasa membuka sebuah video di YouTube, kita sebenarnya boleh langsung skip ke minit tertentu. Jadi misalnya ada sebuah video yang panjang, yang sebenarnya moment menariknya ada di minit 03:14, kita tidak perlu menunggu sampai videonya berputar hingga ke minit itu. Cukup sekadar tambahkan kod ini di belakang URL :
  • #t=03m14s

          contoh : http://www.youtube.com/watch?v=YPQ_N4imYVE#t=03m14s

4. Sembunyikan Search Box

     Semasa anda hover atau melayangkan pointer mouse anda di atas sebuah video YouTube yang di-embed dalam sebuah blog, biasanya akan muncul Search Box. Jika anda tidak ingin perkara terjadi, tambahkan kod ini di belakang URL :
  • &showsearch=0

5. Meng-embed Hanya Bahagian Tertentu dari Video

     Anda hanya perlu menambahkan di akhir URL yang anda embed dengan kod di bawah, supaya boleh terus skip ke saat yang dikehendaki contohnya saat ke-30 :
  • &start=30 

6. Video yang di-Embed boleh Autoplay


     Biasanya video yang di-embed berjalan semasa tombol Play-nya diklik. Tapi jika anda mahu video tersebut secara auto di halaman website tempat anda embedded video itu dibuka, tambahkan kod di bawah, di akhir link URL video tersebut :
  • &auto*play=1 


7. Membuat Video yang di-Embed Berulang-ulang Automatik

    Tambahkan kod di bawah untuk membuat video yang anda embed automatik terus berulang.
  • &loop=1

8. Tidak Menunjukkan Related Videos

     Jika anda meng-embed sebuah video YouTube di blog anda, biasanya muncul link atau gambar menuju ke video lain yang berkaitan. Jika anda tidak mahu itu terjadi, tambahkan di belakang URL video yang anda embed dengan kod di bawah :
  • &rel=0

9. Download Video

     Ada banyak cara untuk download video dari YouTube,seperti dengan keepvid.com. Namun trick ini boleh juga dicuba, semasa anda membuka link video tertentu, ganti saja perkataan youtube.com di link anda dengan kickyoutube.com. Secara automatik anda akan ke website kickyoutube di mana anda boleh download video tersebut dengan mudah.

10. Game Snake

     Tahukah anda , kita boleh main game snakes semasa buffering video di YouTube. Begini caranya, semasa buffering video, akan muncul satu bulatan yang bergerak melingkar ditengah tengah video. Itu sebenarnya ularnya. Klik mouse 
atas video tersebut dan tekan sahaja button anak panah atas pada keyboard. Kemudia ular tersebut boleh bergerak mengikut button yg anda tekan.

Selamat mencuba la yerrr.....=)

2 comments:

1stly , d0akAn sAyEr pAnJaNg um0r
2ndly , d0akan sAyEr dIpeRcEpaTkAn j0d0h
Okay , mAsa uNtuK c0mmEnt-jGn-tAk-c0mmEnt