Thursday, June 9

Punca Akaun Facebook Dapat Di Hack

1. Kecuaian Pengguna



Inilah penyebab utama akaun Facebook di 'hack' dan diakui di seluruh dunia. Apakah anda menyimpan dengan baik password Facebook anda?. Apakah anda mengikuti saranan dari Facebook untuk mengkombinasikan huruf kecil dengan angka dan huruf besar?. Apakah anda membuka link atau pautan halaman dari teman anda yang bahkan tidak tahu asal usul link tersebut?. Apakah anda mengikuti kuiz yang ratingnya rendah atau malah tidak ada?. Peluang untuk meng 'hack' akaun Facebook ada dimana-mana dan kesalahan pengguna itu sendirilah yang membuat akaun Facebook dengan mudah sahaja di 'hack'!.


2. Link web Ber'virus'




Maksudnya jika anda melihat teman anda meletakkan link sebuah web, jangan terus diklik!. Boleh jadi itu adalah link bervirus yang disembunyikan melalui Shorter URL atau pemendek URL. Juga kemungkinan ada button “Like” bervirus pada web-web tertentu. Sebaiknya anda hanya mengklik link dan button Like dari web yang rasmi dan dipercayai. Lebih baik lagi jika anda menginstall Norton Internet Security atau AVG atau Avast kerana antivirus-antivirus ini memiliki ciri-ciri Web Scanner yang akan mengamati apakah link itu bervirus atau tidak.


3. Aplikasi Menyesatkan




Jangan terpancing dengan kuiz-kuiz Facebook yang isinya lucu tapi rating-nya rendah atau bahkan tidak ada. Jangan pula terpancing dengan Facebook Apps seperti “Ubah Tampilan Facebookmu dalam Seminit!” atau “Siapa yang membuka profail kamu?” atau “Who’s your no.1 Fan?”. Ingat, ketika kita hendak mengikuti kuiz atau Apps tersebut selalu ada peringatan dari Facebook yang mengatakan bahawa kuiz atau Apps ini akan mengambil informasi seperti profail, rakan, tarikh lahir, album gambar dan semuanya yang berhubungan kita akan dapat dibuka oleh aplikasi ini. Dari sinilah kracker dapat mencuri segudang informasi dari profail kita dan pada beberapa keadaan juga akan mencuri data akaun kita.


4. Keylogger




Keylogger adalah peranti yang dapat merakam petikan keyboard kita. Keylogger boleh berupa software ataupun hardware. Kalau berupa hardware, boleh dikesan dengan mudah. Lihat saja ke lubang keyboard di belakang PC, kalau ada sesuatu yang ‘terbonjol’ atau bentuknya aneh, maka itulah Keylogger berbentuk HardwareKalau software, ini sukar apalagi kalau di cyber cafe yang tidak dipasang antivirus. Namun anda boleh menggunakan Virtual Keyboard. Caranya klik START, All Programs, Accesories dan cari Virtual Keyboard di sana. Keylogger boleh juga masuk dengan sendirinya kalau kita sembarangan mengklik iklan di internet. Oleh itu selalu hati-hati dan waspada dengan web-web yang anda kunjungi.

5. Remember Password


Ini adalah ciri-ciri yang selalu ada di setiap browser. Tujuannya baik, supaya pengguna tidak perlu susah-susah menaip password di web yang dituju. Tapi jangan pernah lakukan ini di cyber cafe ataupun di area hotspot!. Jika ciri-ciri ini diaktifkan di tempat-tempat awam maka dari sinilah peluang untuk meng 'hack' akaun Facebook. Untuk mematikannya, sebagai contoh di Firefox klik Tools, kemudian Options. Pilih Security kemudian hilangkan tanda check di “Remember Password For This Site” dan klik OK.

6. Cookies


Cookies adalah ‘jejak-jejak’ pelayaran pengguna di internet. Di Cookies ini juga tersimpan data-data sensitif seperti data log in web. Hapuskanlah selalu Cookies ini setiap kali selesai menggunakan internet, sebagai contoh di Firefox klik Tools kemudian klik Clear Recent History. Pilih Everything di sudut kanan atas dan check semua kotak, kemudian klik OKAtau anda boleh juga mengaktifkan ciri-ciri Private Browsing dengan menekan button Ctrl + Shift + P. Private browsing ini sangat sesuai dilakukan di area hostpot kerana area hotspot adalah ‘ladang’ bagi para kracker untuk mencuri data-data kita.

Monday, May 16

9 Website Yang Membuat Kita Lebih Bijak

1.  Belajar Membaca Dengan Cepat



Spreeder. Di website ini kita akan diajar untuk membaca dengan lebih cepat, teorinya rata-rata orang mempunyai kemampuan membaca 200 kata seminit. Spreeder akan melatih kita untuk membaca dengan kecepatan 300 kata seminit.

2.  Belajar bahasa asing



LiveMocha. Laman ini adalah gabungan social networking dengan kursus bahasa, jadi kita dapat belajar terus dengan orang dari negara asalnya. Kita boleh chating dengan lancar menggunakan bahasa yang ingin kita pelajari contohnya Bahasa Perancis. Menariknya tulisan kita akan direview oleh orang-orang disana, jika ada kesalahan mereka tidak akan segan membetulkannya.

3.  Universiti secara self learning



Lecturefox. Belajar dengan sendiri bererti kita harus membaca rujukan yang banyak dan banyak kelebihannya jika kita mendapatkan rujukan dari Universiti-universiti terkenal.
Di website ini kita boleh membaca, mendengar dan melihat gambar-gambar yang berhubungan dengan Universiti seperti MIT, UCLA, Houston University, Oxford University, dll. Kebaikannya, selalu ada tugasan dan pelajaran baru yang disubmit ke sini. Jika anda seorang mahasiswa, jangan copy and paste ya.

4.  Menaip Dengan Cepat



RapidTyping adalah website yang menyediakan program untuk kita menaip dengan dengan cepat!. Sebuah sekolah menaip cepat dimana pelajarnya diberi tutorial dengan cara yang mudah dan menyenangkan. Tidak terbatas pada usia!. Komputer sudah menjadi sebahagian dari hidup kebanyakan manusia, secara automatik menaip pun sudah menjadi sebuah kebiasaan.

5.  Membuat Research



Schoolr didesign sebagai research search engine atau dalam bahasa biasa Search Engine untuk research. Kalau kita menaip sebuah topik, dia akan mencari database dan mengarahkan kita ke Google, Wikipedia, Wolfram Alpha, dan kamus-kamus yang berkaitan dengan research.

6.  Menyemak Grammar



Bahasa Inggeris sudah menjadi bahasa Antarabangsa, mahu tidak mahu kita harus belajar bahasa Inggeris. Untuk menterjemah ayat, kita boleh merujuk Google translate atau buka kamus. Tapi dalam menulis ramai orang yang membuat kesalahan, terutama grammarSpellCheckPlus, website ini akan menyemak apakah tulisan anda sudah ada pada susunan yang tepat atau tidak.

7.  Gedung Ilmu



Wikipedia walaupun sumbernya boleh dipertikaikan dan tidak boleh dijadikan sumber rujukan dalam tugasan pelajar Universiti kerana ia boleh dimasukkan oleh siapa sahaja tetapi ilmu yang dikongsi di sini kebanyakannya tepat.

8.  Laman Tutorial Script



W3School, kandungan laman ini ialah tutorial programming yang meng "cover"banyak topik yang berkaitan dengan internet (dari HTML sehingga AJAX). Selain tutorial, laman ini juga mengandungi rujukan lengkap (boleh download) dan online Demo untuk tiap subtopik yang dibicarakan. Jadi kita boleh terus online tanpa memerlukan menggunakan web server.

9.  Dan yang terakhir, tambahan dari Malaysia



Portal JPAtidak syak lagi bagi Penjawat Awam..gedung ilmu terbesar..

p/s: semoga menjadi manfaat kepada smua...=)

Uji Kekuatan Password Anda


     Anda yakin password anda betul-betul selamat dari diceroboh oleh cracker??. Ramai dari pakar sekuriti online mencadangkan password yang baik ialah:
  1. Selalu ditukar-tukar. Tapi awas jangan sampai terlupa pula.
  2. Menggunakan password kata yang panjang.
  3. Menggunakan gabungan huruf capital dan small letter.
  4. Menggunakan karakter gabungan alfa-numberik dan simbol-simbol.

     Bagaimana kita boleh membuat password yang benar-benar selamat??. Ada satu alat pengukur password online yang bagus yang dapat menunjukkan seberapa kuat password anda
Klik –> Passwordmeter
  • Masukkan password yang ingin diuji dalam Password Meter
  • Periksa semua saranan untuk menyukarkan dan memantapkan password anda.
  • Meter akan menunjukkan jika password menggunakan simbol, angka tengah, huruf kecil, huruf besar bersama dengan panjang password.
  • Jika percentage password belum 100% ubah password dengan beberapa tambahan untuk membuatnya kuat iaitu sebesar 100%.

     Password meter ini sebagai alat ini dapat digunakan untuk memudahkan penggunaan untuk mengingati password menjadi lebih kompleks. Kebanyakan dari orang membuat password berdasarkan dari data diri sendiri atau hal-hal yang disukai. Password begini dapat mudah diteka oleh orang lain tetapi jika password berisi dengan berbagai jenis karakteristik seperti huruf besar, huruf kecil serta simbol atau menambahkan nombor yang mudah diingati maka kombinasi tersebut cukup untuk password tidak mudah diteka.

     Sebenarnya selain web passwordmeter.com ini, banyak lagi website dan perisian yang anda boleh gunakan untuk menguji kekuatan password anda. Anda boleh Googling sendiri.
Semoga bermanfaat.

p/s: Berikut ini adalah 10 password yang paling banyak digunakan,
  1. Tarikh lahir
  2. Tarikh pernikahan
  3. Nama depan (banyak digunakan di Amerika Selatan)
  4. 123456789
  5. 111111
  6. ILoveYou
  7. Nama123
  8. password
  9. Nombor telefon rumah/hp
  10. Gabungan nama dengan orang yang istimewa

Pemandangan Yang Indah-Indah

















p/s : sejuk mate memandang....=)

Monday, May 9

Rahsia-rahsia YouTube



Salam...
     Di sini saya ingin kongsikan pengetahuan yang saya perolehi daripada teman-teman pejabat saya iaitu mengenai rahsia-rahsia YouTube. Pelbagai video telah di upload kan dari seluruh dunia untuk tatapan peminat-peminat ataupun pengumpul-pengumpul video untuk menonton dan mengumpul video kegemaran mereka.

=) Di sini saya ingin kongsikan 10 rahsia YouTube yang boleh digunakan untuk kemudahan kita.

1. Melihat High Quality Video

     Ada video-video yang boleh anda buka dengan versi high quality. Caranya iaitu dengan menambah beberapa tulisan ini di belakang link URL video yang anda buka:
  • &fmt=18 (untuk melihat versi stereo, resolusi 480 x 270)
  • &fmt=22 (untuk melihat versi stereo, resolusi 1280 x 720)
     Setelah anda menambah salah satu kod di atas pada alamat URL video di browser anda kemudian menekan Enter atau Go, maka paparan video YouTube yang anda buka akan menjadi lebih lebar dengan kualiti yang lebih baik.
2. Embed High Quality Video di Blog Anda

     Trick sebelumya berguna untuk melihat video yang high quality di YouTube. Semasa embed atau mencantumkan video kualiti bagus tersebut di blog anda, tambahkan kod berikut di akhir URL.
  • &ap=%2526fmt%3D18 atau &ap=%2526fmt%3D22
3. Skip Terus ke Bahagian yang Menarik

     Semasa membuka sebuah video di YouTube, kita sebenarnya boleh langsung skip ke minit tertentu. Jadi misalnya ada sebuah video yang panjang, yang sebenarnya moment menariknya ada di minit 03:14, kita tidak perlu menunggu sampai videonya berputar hingga ke minit itu. Cukup sekadar tambahkan kod ini di belakang URL :
  • #t=03m14s

          contoh : http://www.youtube.com/watch?v=YPQ_N4imYVE#t=03m14s

4. Sembunyikan Search Box

     Semasa anda hover atau melayangkan pointer mouse anda di atas sebuah video YouTube yang di-embed dalam sebuah blog, biasanya akan muncul Search Box. Jika anda tidak ingin perkara terjadi, tambahkan kod ini di belakang URL :
  • &showsearch=0

5. Meng-embed Hanya Bahagian Tertentu dari Video

     Anda hanya perlu menambahkan di akhir URL yang anda embed dengan kod di bawah, supaya boleh terus skip ke saat yang dikehendaki contohnya saat ke-30 :
  • &start=30 

6. Video yang di-Embed boleh Autoplay


     Biasanya video yang di-embed berjalan semasa tombol Play-nya diklik. Tapi jika anda mahu video tersebut secara auto di halaman website tempat anda embedded video itu dibuka, tambahkan kod di bawah, di akhir link URL video tersebut :
  • &auto*play=1 


7. Membuat Video yang di-Embed Berulang-ulang Automatik

    Tambahkan kod di bawah untuk membuat video yang anda embed automatik terus berulang.
  • &loop=1

8. Tidak Menunjukkan Related Videos

     Jika anda meng-embed sebuah video YouTube di blog anda, biasanya muncul link atau gambar menuju ke video lain yang berkaitan. Jika anda tidak mahu itu terjadi, tambahkan di belakang URL video yang anda embed dengan kod di bawah :
  • &rel=0

9. Download Video

     Ada banyak cara untuk download video dari YouTube,seperti dengan keepvid.com. Namun trick ini boleh juga dicuba, semasa anda membuka link video tertentu, ganti saja perkataan youtube.com di link anda dengan kickyoutube.com. Secara automatik anda akan ke website kickyoutube di mana anda boleh download video tersebut dengan mudah.

10. Game Snake

     Tahukah anda , kita boleh main game snakes semasa buffering video di YouTube. Begini caranya, semasa buffering video, akan muncul satu bulatan yang bergerak melingkar ditengah tengah video. Itu sebenarnya ularnya. Klik mouse 
atas video tersebut dan tekan sahaja button anak panah atas pada keyboard. Kemudia ular tersebut boleh bergerak mengikut button yg anda tekan.

Selamat mencuba la yerrr.....=)

Monday, May 2

IZYAN MASRI FIRST RANDOM GIVEAWAY

Kena Join GA Izyan Masri setelah di TAG oleh Yanty!
Join reramai join jugak!
2 blogger mangsa di tag pulak ;
Selamat Maju Jaya !

Saturday, April 30

BEN ASHAARI GEGAR BLOGGER BARU

image

Untuk semua blogger yang nak join leh klik pada banner dan ikut syarat-syarat Abang Ben!

Salam Perkenalan!

Tuesday, April 26

Sang Helang


   Helang merupakan sejenis burung yang mempunyai umur paling panjang didunia. Umurnya boleh mencapai 70 tahun. Tetapi untuk mencapai umur sepanjang itu, seekor helang harus membuat suatu keputusan yang sangat berat pada umurnya yang ke 40. 

   Ketika helang berumur 40 tahun, cakarannya mula lemah, paruhnya menjadi panjang dan membengkok hingga hampir menyentuh dadanya. Sayapnya menjadi sangat berat kerana bulunya telah tumbuh lebat dan tebal, sehingga sangat menyukarkan waktu terbang. Pada masa itu, helang hanya mempunyai dua pilihan: 

Menunggu Kematian 
@
Mengalami Suatu Proses Transformasi Yang Sangat Menyakitkan!!

   Proses tranformasi yang sangat menyakitkan itu mengambil masa yang panjang iaitu selama 150 hari. Untuk melakukan transformasi itu, helang harus berusaha keras terbang ke atas puncak gunung kemudian membuat sarang ditepi gaung dan tinggal disana selama proses transformasi berlangsung.

  • Pertamanya, Helang harus mematukkan paruhnya pada batu karang sehingga paruh tersebut tercabut dari mulutnya dan tunggu paruh baru tumbuh kembali.
  • Dengan paruh barunya itu, ia harus mencabut satu persatu kuku-kukunya dan tunggu lagi sehingga kuku yang baru tumbuh kembali.
  • Semasa menunggu kukunya tumbuh kembali pula, Helang tersebut akan mencabut bulu badannya satu demi satu menggunakan paruh barunya itu.
  • Pada proses yang akhir, Helang tersebut akan menunggu sehingga bulu dan kukunya tumbuh kembali.

   Satu proses yang panjang dan amat menyakitkan. 150 hari kemudian, bulu-bulu Helang yang baru sudah tumbuh dan Helang tersebut dapat terbang kembali dengan paruh,cakar dan bulu yang baru untuk menjalani 30 tahun kehidupan barunya dengan penuh tenaga.

   Sahabat, dalam kehidupan kita ini, kadangkala kita juga harus melakukan suatu keputusan yang sangat berat untuk memulakan sesuatu proses pembaharuan. Kita harus berani dan mahu membuang semua kebiasaan lama yang mengikat, meskipun kebiasaan lama itu adalah sesuatu yang menyenangkan dan melenakan. Kita harus rela untuk meninggalkan tingkahlaku lama kita agar kita dapat mula terbang lagi menggapai tujuan yang lebih baik di masa depan.

   Hanya bila kita bersedia melepaskan beban lama, membuka diri untuk belajar perkara-perkara yang baru, kita baru mempunyai kesempatan untuk mengembangkan kemampuan kita yang terpendam, mengasah bakat baru dan menatap masa depan dengan penuh keyakinan.

   Halangan terbesar untuk berubah terletak di dalam diri sendiri dan ianya merupakan main power atas diri anda. Jangan biarkan masa lalu menumpulkan asa dan melayukan semangat kita. Maka itu, kita harus berubah!!!!


Salam Transformasi…

Allah telah berfirman di dalam Al-Quran: 
“….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” 
(Ar-Ra’du:11)

Tuesday, March 15

BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN

BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN

BANNER BEN ASHAARI
*klik pic utk ke Segmen BA*


Latar Belakang
 Muhamad Hafiz -
- panggil ; Piz / Apiez / Ganu -
- Umur : 24 tahun -
- Asal : Terengganu -

Profesion
-  clerk di sebuah Jabatan sekitar Putrajaya/Cyberjaya sejak 3 tahun yang lalu -

Blog Kesukaan
- banyak idea yang dikongsi , pengalaman blogger otai , infomasi yang berguna dan berfaedah -


Blog X suka
Masih baru di dunia blog , X da plak yang xsuka. OKeY je xkisah la cerita pasal pe pun ; bf/gf/friend/enemy/fam/work/study & etc.
Janji teruskan ber - BLOGGING & MENULIS !

Impian terhadap blog nameless151
- Dapat pembaca yang kunjungi dengan memberi tunjuk ajar lagi kepada newbie untuk terus mengarut di blog macam semua blogger yang otai -otai dengan idea mencurah-curah.
So , drop your blog url di eXchangeLink on my blog untuk saya timba ilmu dari korang!

s.e.n.y.u.m * s.o.k.m.o

Monday, February 7

Senaman Mata



Melakukan latihan mata tidak hanya memperbaiki penglihatan, tetapi juga dapat mengurangi masalah yang disebabkan oleh ketegangan mata, seperti sakit kepala. Senaman mata ini tidak memerlukan waktu yang lama serta dapat dilakukan hampir di mana saja.


Berikut 3 jenis latihan yang dapat menyihatkan mata:~


1. 20-20-20
Latihan 20-20-20 dapat membantu mata untuk lebih fokus dan rileks ketika sedang merasa tegang. Untuk melakukan latihan ini, Anda hanya perlu masa untuk melakukan perkara ini dalam masa 20 minit, contohnya melihat benda tertentu selama 20 minit. Untuk setiap 20 minit lakukan tugas yang seragam seperti mengadap laptop, menjahit dan sebagainya kemudian ambil waktu 20 saat untuk melihat pada objek lain yang berjarak sekurangnya 20 kaki (6 meter) dari anda. Perkara ini memungkinkan mata anda rileks dan fokus dalam jangka waktu singkat dan kembali ke aktiviti sebelumnya dengan penglihatan yang lebih jelas.


2. Memutar mata
Seperti juga dengan peregangan bahu atau kaki, memutarkan bola mata dapat membuat mata anda rileks kembali. Latihan ini memungkinkan peningkatan jumlah nutrision dan aliran oksigen ke kawasan mata. Menurut Chinese Holistic Health Exercises, latihan memutar mata dapat dilakukan dengan posisi duduk atau berbaring. Buka mata dan putar searah jarum jam setidaknya 20 kali. Berkedip beberapa kali dan kemudian ulangi dengan memutar mata dengan arah yang berlawanan.



3. Jarak fokus
Latihan fokus pada jarak dapat memperbaiki dan membangun kembali penglihatan anda. Setelah sekian lama mata fokus pada objek dengan jarak dekat, seperti melihat komputer, television, dokumen atau objek-objek lain, luangkan waktu beberapa minit setiap hari untuk ke luar ruangan yang memungkinkan mata anda melihat dengan fokus pada objek yang jauh. Untuk melakukan latihan ini, cari objek terjauh yang dapat anda lihat dan fokuslah pada objek tersebut. Biarkan mata anda merasakan perbedaan fokus jarak jauh dan dekat. 


p/s: Selamat mencuba la yer....=)

Katak dan Ular menjadi kawan waktu banjir....??


Haiwan pun ada perasaan kasih sayang sesama haiwan bila berlaku bencana alam...walaupun Ular adalah pemangsa dan katak pulak mangsanya tidak menjadi satu masalah untuk tolong satu sama lain....

Fenomena yang menarik ini berlaku ketika Banjir besar yang berlaku di Queensland.Jurutera komputer, Armin Gerlach telah melawat kawan-kawannya ketika banjir melanda di kota Dalby minggu lepas dan berpeluang melihat sikap haiwan yang jarang dapat kita lihat..."Saya terpegun, dan tidak percaya,", kata Gerlach.

"Ia kerap kelihatan pada sikap haiwan ketika banjir atau kebakaran atau malapetaka, mereka bersatu dan tidak mengancam antara satu sama lain, " sambungnya lagi.





Durian RM1000 sebiji!







Tahukah anda bahawa durian yang termahal di dunia berada di Malaysia, dan paling menghangatkan ialah durian ini adalah melalui proses yang agak menjijikkan.
Ini kerana durian yang termahal dan mungkin tersedap tu datangnya dari najis!
Ini makanan kedua iaitu durian yang datang dari tahi gajah.

Masyarakat Jakun di hutan-hutan Malaysia akan mengikuti gajah yang baru lepas menelan banyak durian.





Mereka mengambil risiko mengikuti binatang mamalia ini sekurang-kurangnya selama empat jam (tempoh yang diperlukan haiwan itu untuk mencerna durian) sebelum buah yang tak tercerna itu keluar bersama kotoran.


Penasihat Malaysia Nature Society cawangan Johor, Vincent Chow yang mendengar kewujudan durian unik ini dari temannya seorang tauke balak dan penduduk orang asli.

Tauke balak ini selalu menempah durian tahi gajah ini pada Orang Asli sepanjang musim durian.

Kerana stoknya yang sedikit dan sukar didapati, taipan ini sanggup membayar RM1,000 demi memenuhi selera mereka.

“Orang Asli semestinya sanggup mengikuti jejak para gajah kerana mereka tahu akan dibayar mahal,” kata Chor, seperti dimuatkan di New Straits Times, Jumaat 22 Oktober 2010.

“Menurut warga tempatan, bau kotoran gajah seperti teh, tidak busuk seperti haiwan lain.”

Durian yang belum tercerna itu juga dikatakan tidak mengandungi kotoran dan bakteria.

Tauke balak itu mendakwa durian itu akan menjadi makanan pembangkit ghairah seksual (setelah melalui proses pencernaan gajah).

Meski tak ada bukti saintifik yang menyokong dakwaanya itu, permintaan ‘Durian Tahi Gajah’ semakin tinggi dan harganya terus meningkat.


Amacam..ada berani?...Hakhakhak!


Sunday, February 6

MENCARI PENAWAR DUKA, PENGUBAT SENGSARA




Apabila insan terjatuh dalam ujian hidup; kesusahan, keperitan kezaliman, keresahan, kesedihan dan 


Apabila insan terjatuh dalam ujian hidup; kesusahan, keperitan, kezaliman, keresahan, kesedihan dan segala rupa paras penderitaan, insan akan bertanya, apakah penawarnya? Di manakah jalan keluar dari segala kegelapan ini? Bagaimana mungkin dapat aku buang derita yang bersarang dalam jiwa dan peristiwa? Dapatkah aku keluar dari kemelut ini?


Sebahagian ujian itu, jika diukur dengan akal insani, seakan tiada lagi baginya jalan keluar. Warna kegelapan kadang-kala merangkumi segala penjuru, hanya Allah sahaja yang mampu mengeluarkan insan dari keadaan yang sedemikian. Kadang-kala pula insan terpaksa berhadapan dengan realiti yang amat pahit, tidak mampu ditolak oleh dirinya yang kerdil. Namun, insan yang beriman yakin bahawa Allah Yang Maha Berkuasa boleh menukar segala keadaan. Menggantikannya dengan lebih baik yang tidak disangka. Memindahkan duka kepada bahagia dalam pelbagai rupa dan warna.
Persoalannya, bagaimanakah caranya agar Allah Yang Agung melimpahkan rahmatNya lalu menurunkan pertolonganNya. Ya, memang insan disuruh berdoa dan merintih kepadaNya. Namun apakah caranya agar mustajab lalu Allah membawanya keluar dari daerah duka kepada daerah sejahtera atau bahagia? Apakah ungkapan yang meredhakan Tuhan al-Rahman yang menjadikanNya dengan pantas mendengar rintihan insan?

Insan perlu sedar, antara penghalang rahmat Tuhan kepadanya adalah dosa dan kesalahannya. Dan, setiap insan pula tidak terlepas dari salah dan dosa. Sehebat mana pun, sealim mana pun dia, insan tetap insan, terdedah kepada dosa. Jika tidak anggotanya, mungkin dosa jiwa atau hati nurani yang sombong dan bongkak, atau hasad atau sangka buruk dan pelbagai lagi. Percikan dosa sentiasa ada. Ia penghalang cahaya indah syahdu antara nurani insan mendampingi Allah untuk menjadi kekasihNya. Maka, doa sentiasa diganggu oleh dosa. Apakah penawar yang menerangi jalan agar doa itu sampai kepada insan dengan pantas dan mustajab?Jawapannya ialah taubat dan ‘istighfar’ iaitu kembalikan kepada Allah dan memohon ampun kepadaNya. Dengan jujur, dengan luhur, dengan kusyuk. Itulah penawar yang akan membuka kebahagian hidup. Itulah janjiNya: (maksudnya)
“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu, kemudian bertaubat kepadaNya  supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia)…” (Surah Hud: 3)
Janji Yang Pasti
Setiap kita pernah melalui duka dan sengsara. Kita mencuba perbagai ungkapan dan doa agar Allah mendengar rintihan kita. Ya, doa itu senjata. Namun, di sana ada satu pemohonan yang jika dibuat oleh insan dengan keikhlasan jiwa, pengharapan dari lubuk jantung hatinya maka Allah akan mendatang pelbagai kebaikan lain kepadanya. Dikeluarkan dari kesempitan hidup, diberi kurnia rezeki dan anak, kebahagiaan jiwa dan ditambah kekuatan dan pertolongan.
Inilah janjiNya dalam al-Quran. Bukan janji yang diadakan oleh sesetengah buku doa, atau bicara tokoh-tokoh agama yang kadang-kala mengada-adakan pelbagai doa ‘sendirian berhad’ mereka yang entah dari mana dikutipnya. Tidak! Ini adalah jaminan langsung dari Allah dalam kitabNya. Apakah pemohonan itu? Pemohonan ialah doa agar Allah S.W.T mengampuni dosa. Apabila ia dilafazkan dengan ikhlas dan jujur. Sebanyak-banyaknya. Dengan kekerdilan diri, tunduk dan insaf, maka keajaiban pertolongan Allah pun akan datang dalam pelbagai rupa dan cara. Inilah janji dalam banyak ayat dalam al-Quran.
Firman Allah menceritakan nasihat Nabi Nuh a.s. kepada kaumnya: (maksudnya)
“Sehingga aku berkata (kepada mereka): “Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (sekiranya kamu berbuat demikian) Dia akan menghantarkan langit yang mencurah-curah (hujan) kepada kamu. Dan Dia akan memberi kepada kamu banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; Dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai” (Surah Nuh: 9-12).
Pelbagai Kurnia
Inilah janji Allah kepada yang berikan kepada sesiapa yang beristighfar dengan ikhlas. Atas lisan Nabi Nuh a.s. Allah berjanji untuk menurunkan hujan rahmatNya, dibanyak rezeki dan anak, diberikan harta yang berharga dan subur. Maka, yang beristighfar dengan penuh ikhlas sebanyaknya, akan menikmati peruntukan ini. Kekurangan hujan, harta, anak, kesuburan dan segalanya penawarnya ialah ‘istighfar’.
Dalam Miskat al-Masabih ketika membahaskan hadis istighfar, diriwayatkan seseorang datang kepada al-Imam Hasan al-Basri r.a mengadu tanahnya tidak subur, lalu jawab Hasan al-Basri: Beristighfarlah. Datang yang lain mengadu kemiskinan, jawab beliau: Beristighfarlah. Datang yang lain minta doa agar direzekikan seorang anak, jawab beliau: Beristighfarlah. Datang pula yang lain mengadu kebunnya kekeringan, jawab beliau: Beristighfarlah. Lalu ditanya Hasan al-Basri mengapa jawapannya semua sama bagi soalan yang berbeza. Katanya “Ini bukan pendapatku, inilah yang Nabi Nuh a.s sebut” –lalu beliau membaca ayat di atas.
Mengelakkan Bala
Allah juga menjamin bahawa Dia tidak akan mengazabkan insan di dunia ataupun di akhirat kita insan itu benar-benar beristighfar kepadaNya. Hambatan dan ketakutan terhadap dosa dapat dibentengi oleh istighfar yang ikhlas. Inilah janji Allah. Dia Maha Benar janiNya. Firman Allah: (maksudnya)
“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka sedang engkau (wahai Muhammad) ada antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar” (Surah al-Anfal: 33).
Inilah janji Allah. Dalam ayat ini; kewujudan Nabi s.a.w dan kewujudan istighfar menghalang azab Allah. Adapun Nabi s.a.w baginda sudah tiada dalam kalangan kita, namun istighfar terus ada jika kita mengamalkannya. Wahai jiwa yang dihambat dosa! Beristighfarlah sebanyak-banyaknya nescaya diselamat dari bala dosa. Wahai yang takut ditimpa bala! beristighfarlah.


Ditambah Kekuatan
Gelora hidup kadang-kala amat menakutkan. Ia memukul insan dari sudut yang diduga dan tidak diduga. Jika hanya bergantung kepada kekuatan diri semata, insan akan terkorban dan tidak akan berdaya. Ganasnya lautan hidup hanya dapat dihadapi dengan kekuatan kurniaan Allah. Firman Allah: (maksudnya)
“(Kata Nabi Hud) dan Wahai kaumku! mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian taubatlah kepadaNya, supaya ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu (yang sedia ada)”. (Surah Hud: 52).
Dengan tambahan kekuatan dari Allah dan bantuanNya insan merasai kekuatan dalam menelusuri permusafiran di dunia yang fana ini.
Maka membanyakkan istighfar adalah penawar hidup. Betapa banyak kisah insan-insan yang Allah berikan pelbagai kurnia disebabkan mereka membanyakkan istighfar. Betapa banyak hamba-hamba Allah yang diselamatkan dari pelbagai kesusahan, diberikan ketenteraman jiwa dan pelbagai pertolongan berkat keikhlasan istighfar mereka. Setiap insan yang beristighfar dengan ikhlas sebanyak-banyaknya pada sesuatu hari akan merasai kesyahduan ruhnya. Allah akan membuka ufuk akalnya. Dia akan alami kekudusan jiwa, kesegaran minda dan merasai perdampingan dengan Allah.
Tapi syaratnya, hendaklah istighfar yang ikhlas. Bukan yang hanya ‘berlagu’ dimulut tapi kontang jiwanya dalam mengharapkan keampunan Allah. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (w. 728H) menceritakan bahawa bagaimana beliau apabila menghadapi masalah, beliau akan beristighfar sehingga seribu kali atau lebih, di mana sahaja beliau berada; di masjid, di pasar, di pusat pengajian sehinggalah beliau dapati Allah lapangkan dadanya dan tunaikan hajatnya. (lihat: Ibn ‘Abd al-Hadi, al-‘Uqud al-Durriyah, 21. Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi).
Marilah kita banyakkan istighfar, ia adalah penawar. Istighfar adalah penyembuh derita jiwa seorang hamba. Ia membawa kurnia Allah yang disangka dan tidak disangka. Maka datanglah rezeki, kebahagiaan dan pertolongan. Hiasilah kepahitan hidup dengan istighfar, nescaya kita akan merasai kemanisan dan kelazatan berada di persada alam yang sementara ini.