Monday, May 16

9 Website Yang Membuat Kita Lebih Bijak

1.  Belajar Membaca Dengan Cepat



Spreeder. Di website ini kita akan diajar untuk membaca dengan lebih cepat, teorinya rata-rata orang mempunyai kemampuan membaca 200 kata seminit. Spreeder akan melatih kita untuk membaca dengan kecepatan 300 kata seminit.

2.  Belajar bahasa asing



LiveMocha. Laman ini adalah gabungan social networking dengan kursus bahasa, jadi kita dapat belajar terus dengan orang dari negara asalnya. Kita boleh chating dengan lancar menggunakan bahasa yang ingin kita pelajari contohnya Bahasa Perancis. Menariknya tulisan kita akan direview oleh orang-orang disana, jika ada kesalahan mereka tidak akan segan membetulkannya.

3.  Universiti secara self learning



Lecturefox. Belajar dengan sendiri bererti kita harus membaca rujukan yang banyak dan banyak kelebihannya jika kita mendapatkan rujukan dari Universiti-universiti terkenal.
Di website ini kita boleh membaca, mendengar dan melihat gambar-gambar yang berhubungan dengan Universiti seperti MIT, UCLA, Houston University, Oxford University, dll. Kebaikannya, selalu ada tugasan dan pelajaran baru yang disubmit ke sini. Jika anda seorang mahasiswa, jangan copy and paste ya.

4.  Menaip Dengan Cepat



RapidTyping adalah website yang menyediakan program untuk kita menaip dengan dengan cepat!. Sebuah sekolah menaip cepat dimana pelajarnya diberi tutorial dengan cara yang mudah dan menyenangkan. Tidak terbatas pada usia!. Komputer sudah menjadi sebahagian dari hidup kebanyakan manusia, secara automatik menaip pun sudah menjadi sebuah kebiasaan.

5.  Membuat Research



Schoolr didesign sebagai research search engine atau dalam bahasa biasa Search Engine untuk research. Kalau kita menaip sebuah topik, dia akan mencari database dan mengarahkan kita ke Google, Wikipedia, Wolfram Alpha, dan kamus-kamus yang berkaitan dengan research.

6.  Menyemak Grammar



Bahasa Inggeris sudah menjadi bahasa Antarabangsa, mahu tidak mahu kita harus belajar bahasa Inggeris. Untuk menterjemah ayat, kita boleh merujuk Google translate atau buka kamus. Tapi dalam menulis ramai orang yang membuat kesalahan, terutama grammarSpellCheckPlus, website ini akan menyemak apakah tulisan anda sudah ada pada susunan yang tepat atau tidak.

7.  Gedung Ilmu



Wikipedia walaupun sumbernya boleh dipertikaikan dan tidak boleh dijadikan sumber rujukan dalam tugasan pelajar Universiti kerana ia boleh dimasukkan oleh siapa sahaja tetapi ilmu yang dikongsi di sini kebanyakannya tepat.

8.  Laman Tutorial Script



W3School, kandungan laman ini ialah tutorial programming yang meng "cover"banyak topik yang berkaitan dengan internet (dari HTML sehingga AJAX). Selain tutorial, laman ini juga mengandungi rujukan lengkap (boleh download) dan online Demo untuk tiap subtopik yang dibicarakan. Jadi kita boleh terus online tanpa memerlukan menggunakan web server.

9.  Dan yang terakhir, tambahan dari Malaysia



Portal JPAtidak syak lagi bagi Penjawat Awam..gedung ilmu terbesar..

p/s: semoga menjadi manfaat kepada smua...=)

Uji Kekuatan Password Anda


     Anda yakin password anda betul-betul selamat dari diceroboh oleh cracker??. Ramai dari pakar sekuriti online mencadangkan password yang baik ialah:
  1. Selalu ditukar-tukar. Tapi awas jangan sampai terlupa pula.
  2. Menggunakan password kata yang panjang.
  3. Menggunakan gabungan huruf capital dan small letter.
  4. Menggunakan karakter gabungan alfa-numberik dan simbol-simbol.

     Bagaimana kita boleh membuat password yang benar-benar selamat??. Ada satu alat pengukur password online yang bagus yang dapat menunjukkan seberapa kuat password anda
Klik –> Passwordmeter
  • Masukkan password yang ingin diuji dalam Password Meter
  • Periksa semua saranan untuk menyukarkan dan memantapkan password anda.
  • Meter akan menunjukkan jika password menggunakan simbol, angka tengah, huruf kecil, huruf besar bersama dengan panjang password.
  • Jika percentage password belum 100% ubah password dengan beberapa tambahan untuk membuatnya kuat iaitu sebesar 100%.

     Password meter ini sebagai alat ini dapat digunakan untuk memudahkan penggunaan untuk mengingati password menjadi lebih kompleks. Kebanyakan dari orang membuat password berdasarkan dari data diri sendiri atau hal-hal yang disukai. Password begini dapat mudah diteka oleh orang lain tetapi jika password berisi dengan berbagai jenis karakteristik seperti huruf besar, huruf kecil serta simbol atau menambahkan nombor yang mudah diingati maka kombinasi tersebut cukup untuk password tidak mudah diteka.

     Sebenarnya selain web passwordmeter.com ini, banyak lagi website dan perisian yang anda boleh gunakan untuk menguji kekuatan password anda. Anda boleh Googling sendiri.
Semoga bermanfaat.

p/s: Berikut ini adalah 10 password yang paling banyak digunakan,
  1. Tarikh lahir
  2. Tarikh pernikahan
  3. Nama depan (banyak digunakan di Amerika Selatan)
  4. 123456789
  5. 111111
  6. ILoveYou
  7. Nama123
  8. password
  9. Nombor telefon rumah/hp
  10. Gabungan nama dengan orang yang istimewa

Pemandangan Yang Indah-Indah

















p/s : sejuk mate memandang....=)

Monday, May 9

Rahsia-rahsia YouTube



Salam...
     Di sini saya ingin kongsikan pengetahuan yang saya perolehi daripada teman-teman pejabat saya iaitu mengenai rahsia-rahsia YouTube. Pelbagai video telah di upload kan dari seluruh dunia untuk tatapan peminat-peminat ataupun pengumpul-pengumpul video untuk menonton dan mengumpul video kegemaran mereka.

=) Di sini saya ingin kongsikan 10 rahsia YouTube yang boleh digunakan untuk kemudahan kita.

1. Melihat High Quality Video

     Ada video-video yang boleh anda buka dengan versi high quality. Caranya iaitu dengan menambah beberapa tulisan ini di belakang link URL video yang anda buka:
  • &fmt=18 (untuk melihat versi stereo, resolusi 480 x 270)
  • &fmt=22 (untuk melihat versi stereo, resolusi 1280 x 720)
     Setelah anda menambah salah satu kod di atas pada alamat URL video di browser anda kemudian menekan Enter atau Go, maka paparan video YouTube yang anda buka akan menjadi lebih lebar dengan kualiti yang lebih baik.
2. Embed High Quality Video di Blog Anda

     Trick sebelumya berguna untuk melihat video yang high quality di YouTube. Semasa embed atau mencantumkan video kualiti bagus tersebut di blog anda, tambahkan kod berikut di akhir URL.
  • &ap=%2526fmt%3D18 atau &ap=%2526fmt%3D22
3. Skip Terus ke Bahagian yang Menarik

     Semasa membuka sebuah video di YouTube, kita sebenarnya boleh langsung skip ke minit tertentu. Jadi misalnya ada sebuah video yang panjang, yang sebenarnya moment menariknya ada di minit 03:14, kita tidak perlu menunggu sampai videonya berputar hingga ke minit itu. Cukup sekadar tambahkan kod ini di belakang URL :
  • #t=03m14s

          contoh : http://www.youtube.com/watch?v=YPQ_N4imYVE#t=03m14s

4. Sembunyikan Search Box

     Semasa anda hover atau melayangkan pointer mouse anda di atas sebuah video YouTube yang di-embed dalam sebuah blog, biasanya akan muncul Search Box. Jika anda tidak ingin perkara terjadi, tambahkan kod ini di belakang URL :
  • &showsearch=0

5. Meng-embed Hanya Bahagian Tertentu dari Video

     Anda hanya perlu menambahkan di akhir URL yang anda embed dengan kod di bawah, supaya boleh terus skip ke saat yang dikehendaki contohnya saat ke-30 :
  • &start=30 

6. Video yang di-Embed boleh Autoplay


     Biasanya video yang di-embed berjalan semasa tombol Play-nya diklik. Tapi jika anda mahu video tersebut secara auto di halaman website tempat anda embedded video itu dibuka, tambahkan kod di bawah, di akhir link URL video tersebut :
  • &auto*play=1 


7. Membuat Video yang di-Embed Berulang-ulang Automatik

    Tambahkan kod di bawah untuk membuat video yang anda embed automatik terus berulang.
  • &loop=1

8. Tidak Menunjukkan Related Videos

     Jika anda meng-embed sebuah video YouTube di blog anda, biasanya muncul link atau gambar menuju ke video lain yang berkaitan. Jika anda tidak mahu itu terjadi, tambahkan di belakang URL video yang anda embed dengan kod di bawah :
  • &rel=0

9. Download Video

     Ada banyak cara untuk download video dari YouTube,seperti dengan keepvid.com. Namun trick ini boleh juga dicuba, semasa anda membuka link video tertentu, ganti saja perkataan youtube.com di link anda dengan kickyoutube.com. Secara automatik anda akan ke website kickyoutube di mana anda boleh download video tersebut dengan mudah.

10. Game Snake

     Tahukah anda , kita boleh main game snakes semasa buffering video di YouTube. Begini caranya, semasa buffering video, akan muncul satu bulatan yang bergerak melingkar ditengah tengah video. Itu sebenarnya ularnya. Klik mouse 
atas video tersebut dan tekan sahaja button anak panah atas pada keyboard. Kemudia ular tersebut boleh bergerak mengikut button yg anda tekan.

Selamat mencuba la yerrr.....=)

Monday, May 2

IZYAN MASRI FIRST RANDOM GIVEAWAY

Kena Join GA Izyan Masri setelah di TAG oleh Yanty!
Join reramai join jugak!
2 blogger mangsa di tag pulak ;
Selamat Maju Jaya !