Monday, February 7

Senaman Mata



Melakukan latihan mata tidak hanya memperbaiki penglihatan, tetapi juga dapat mengurangi masalah yang disebabkan oleh ketegangan mata, seperti sakit kepala. Senaman mata ini tidak memerlukan waktu yang lama serta dapat dilakukan hampir di mana saja.


Berikut 3 jenis latihan yang dapat menyihatkan mata:~


1. 20-20-20
Latihan 20-20-20 dapat membantu mata untuk lebih fokus dan rileks ketika sedang merasa tegang. Untuk melakukan latihan ini, Anda hanya perlu masa untuk melakukan perkara ini dalam masa 20 minit, contohnya melihat benda tertentu selama 20 minit. Untuk setiap 20 minit lakukan tugas yang seragam seperti mengadap laptop, menjahit dan sebagainya kemudian ambil waktu 20 saat untuk melihat pada objek lain yang berjarak sekurangnya 20 kaki (6 meter) dari anda. Perkara ini memungkinkan mata anda rileks dan fokus dalam jangka waktu singkat dan kembali ke aktiviti sebelumnya dengan penglihatan yang lebih jelas.


2. Memutar mata
Seperti juga dengan peregangan bahu atau kaki, memutarkan bola mata dapat membuat mata anda rileks kembali. Latihan ini memungkinkan peningkatan jumlah nutrision dan aliran oksigen ke kawasan mata. Menurut Chinese Holistic Health Exercises, latihan memutar mata dapat dilakukan dengan posisi duduk atau berbaring. Buka mata dan putar searah jarum jam setidaknya 20 kali. Berkedip beberapa kali dan kemudian ulangi dengan memutar mata dengan arah yang berlawanan.



3. Jarak fokus
Latihan fokus pada jarak dapat memperbaiki dan membangun kembali penglihatan anda. Setelah sekian lama mata fokus pada objek dengan jarak dekat, seperti melihat komputer, television, dokumen atau objek-objek lain, luangkan waktu beberapa minit setiap hari untuk ke luar ruangan yang memungkinkan mata anda melihat dengan fokus pada objek yang jauh. Untuk melakukan latihan ini, cari objek terjauh yang dapat anda lihat dan fokuslah pada objek tersebut. Biarkan mata anda merasakan perbedaan fokus jarak jauh dan dekat. 


p/s: Selamat mencuba la yer....=)

Katak dan Ular menjadi kawan waktu banjir....??


Haiwan pun ada perasaan kasih sayang sesama haiwan bila berlaku bencana alam...walaupun Ular adalah pemangsa dan katak pulak mangsanya tidak menjadi satu masalah untuk tolong satu sama lain....

Fenomena yang menarik ini berlaku ketika Banjir besar yang berlaku di Queensland.Jurutera komputer, Armin Gerlach telah melawat kawan-kawannya ketika banjir melanda di kota Dalby minggu lepas dan berpeluang melihat sikap haiwan yang jarang dapat kita lihat..."Saya terpegun, dan tidak percaya,", kata Gerlach.

"Ia kerap kelihatan pada sikap haiwan ketika banjir atau kebakaran atau malapetaka, mereka bersatu dan tidak mengancam antara satu sama lain, " sambungnya lagi.





Durian RM1000 sebiji!







Tahukah anda bahawa durian yang termahal di dunia berada di Malaysia, dan paling menghangatkan ialah durian ini adalah melalui proses yang agak menjijikkan.
Ini kerana durian yang termahal dan mungkin tersedap tu datangnya dari najis!
Ini makanan kedua iaitu durian yang datang dari tahi gajah.

Masyarakat Jakun di hutan-hutan Malaysia akan mengikuti gajah yang baru lepas menelan banyak durian.





Mereka mengambil risiko mengikuti binatang mamalia ini sekurang-kurangnya selama empat jam (tempoh yang diperlukan haiwan itu untuk mencerna durian) sebelum buah yang tak tercerna itu keluar bersama kotoran.


Penasihat Malaysia Nature Society cawangan Johor, Vincent Chow yang mendengar kewujudan durian unik ini dari temannya seorang tauke balak dan penduduk orang asli.

Tauke balak ini selalu menempah durian tahi gajah ini pada Orang Asli sepanjang musim durian.

Kerana stoknya yang sedikit dan sukar didapati, taipan ini sanggup membayar RM1,000 demi memenuhi selera mereka.

“Orang Asli semestinya sanggup mengikuti jejak para gajah kerana mereka tahu akan dibayar mahal,” kata Chor, seperti dimuatkan di New Straits Times, Jumaat 22 Oktober 2010.

“Menurut warga tempatan, bau kotoran gajah seperti teh, tidak busuk seperti haiwan lain.”

Durian yang belum tercerna itu juga dikatakan tidak mengandungi kotoran dan bakteria.

Tauke balak itu mendakwa durian itu akan menjadi makanan pembangkit ghairah seksual (setelah melalui proses pencernaan gajah).

Meski tak ada bukti saintifik yang menyokong dakwaanya itu, permintaan ‘Durian Tahi Gajah’ semakin tinggi dan harganya terus meningkat.


Amacam..ada berani?...Hakhakhak!


Sunday, February 6

MENCARI PENAWAR DUKA, PENGUBAT SENGSARA




Apabila insan terjatuh dalam ujian hidup; kesusahan, keperitan kezaliman, keresahan, kesedihan dan 


Apabila insan terjatuh dalam ujian hidup; kesusahan, keperitan, kezaliman, keresahan, kesedihan dan segala rupa paras penderitaan, insan akan bertanya, apakah penawarnya? Di manakah jalan keluar dari segala kegelapan ini? Bagaimana mungkin dapat aku buang derita yang bersarang dalam jiwa dan peristiwa? Dapatkah aku keluar dari kemelut ini?


Sebahagian ujian itu, jika diukur dengan akal insani, seakan tiada lagi baginya jalan keluar. Warna kegelapan kadang-kala merangkumi segala penjuru, hanya Allah sahaja yang mampu mengeluarkan insan dari keadaan yang sedemikian. Kadang-kala pula insan terpaksa berhadapan dengan realiti yang amat pahit, tidak mampu ditolak oleh dirinya yang kerdil. Namun, insan yang beriman yakin bahawa Allah Yang Maha Berkuasa boleh menukar segala keadaan. Menggantikannya dengan lebih baik yang tidak disangka. Memindahkan duka kepada bahagia dalam pelbagai rupa dan warna.
Persoalannya, bagaimanakah caranya agar Allah Yang Agung melimpahkan rahmatNya lalu menurunkan pertolonganNya. Ya, memang insan disuruh berdoa dan merintih kepadaNya. Namun apakah caranya agar mustajab lalu Allah membawanya keluar dari daerah duka kepada daerah sejahtera atau bahagia? Apakah ungkapan yang meredhakan Tuhan al-Rahman yang menjadikanNya dengan pantas mendengar rintihan insan?

Insan perlu sedar, antara penghalang rahmat Tuhan kepadanya adalah dosa dan kesalahannya. Dan, setiap insan pula tidak terlepas dari salah dan dosa. Sehebat mana pun, sealim mana pun dia, insan tetap insan, terdedah kepada dosa. Jika tidak anggotanya, mungkin dosa jiwa atau hati nurani yang sombong dan bongkak, atau hasad atau sangka buruk dan pelbagai lagi. Percikan dosa sentiasa ada. Ia penghalang cahaya indah syahdu antara nurani insan mendampingi Allah untuk menjadi kekasihNya. Maka, doa sentiasa diganggu oleh dosa. Apakah penawar yang menerangi jalan agar doa itu sampai kepada insan dengan pantas dan mustajab?Jawapannya ialah taubat dan ‘istighfar’ iaitu kembalikan kepada Allah dan memohon ampun kepadaNya. Dengan jujur, dengan luhur, dengan kusyuk. Itulah penawar yang akan membuka kebahagian hidup. Itulah janjiNya: (maksudnya)
“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu, kemudian bertaubat kepadaNya  supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia)…” (Surah Hud: 3)
Janji Yang Pasti
Setiap kita pernah melalui duka dan sengsara. Kita mencuba perbagai ungkapan dan doa agar Allah mendengar rintihan kita. Ya, doa itu senjata. Namun, di sana ada satu pemohonan yang jika dibuat oleh insan dengan keikhlasan jiwa, pengharapan dari lubuk jantung hatinya maka Allah akan mendatang pelbagai kebaikan lain kepadanya. Dikeluarkan dari kesempitan hidup, diberi kurnia rezeki dan anak, kebahagiaan jiwa dan ditambah kekuatan dan pertolongan.
Inilah janjiNya dalam al-Quran. Bukan janji yang diadakan oleh sesetengah buku doa, atau bicara tokoh-tokoh agama yang kadang-kala mengada-adakan pelbagai doa ‘sendirian berhad’ mereka yang entah dari mana dikutipnya. Tidak! Ini adalah jaminan langsung dari Allah dalam kitabNya. Apakah pemohonan itu? Pemohonan ialah doa agar Allah S.W.T mengampuni dosa. Apabila ia dilafazkan dengan ikhlas dan jujur. Sebanyak-banyaknya. Dengan kekerdilan diri, tunduk dan insaf, maka keajaiban pertolongan Allah pun akan datang dalam pelbagai rupa dan cara. Inilah janji dalam banyak ayat dalam al-Quran.
Firman Allah menceritakan nasihat Nabi Nuh a.s. kepada kaumnya: (maksudnya)
“Sehingga aku berkata (kepada mereka): “Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (sekiranya kamu berbuat demikian) Dia akan menghantarkan langit yang mencurah-curah (hujan) kepada kamu. Dan Dia akan memberi kepada kamu banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; Dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai” (Surah Nuh: 9-12).
Pelbagai Kurnia
Inilah janji Allah kepada yang berikan kepada sesiapa yang beristighfar dengan ikhlas. Atas lisan Nabi Nuh a.s. Allah berjanji untuk menurunkan hujan rahmatNya, dibanyak rezeki dan anak, diberikan harta yang berharga dan subur. Maka, yang beristighfar dengan penuh ikhlas sebanyaknya, akan menikmati peruntukan ini. Kekurangan hujan, harta, anak, kesuburan dan segalanya penawarnya ialah ‘istighfar’.
Dalam Miskat al-Masabih ketika membahaskan hadis istighfar, diriwayatkan seseorang datang kepada al-Imam Hasan al-Basri r.a mengadu tanahnya tidak subur, lalu jawab Hasan al-Basri: Beristighfarlah. Datang yang lain mengadu kemiskinan, jawab beliau: Beristighfarlah. Datang yang lain minta doa agar direzekikan seorang anak, jawab beliau: Beristighfarlah. Datang pula yang lain mengadu kebunnya kekeringan, jawab beliau: Beristighfarlah. Lalu ditanya Hasan al-Basri mengapa jawapannya semua sama bagi soalan yang berbeza. Katanya “Ini bukan pendapatku, inilah yang Nabi Nuh a.s sebut” –lalu beliau membaca ayat di atas.
Mengelakkan Bala
Allah juga menjamin bahawa Dia tidak akan mengazabkan insan di dunia ataupun di akhirat kita insan itu benar-benar beristighfar kepadaNya. Hambatan dan ketakutan terhadap dosa dapat dibentengi oleh istighfar yang ikhlas. Inilah janji Allah. Dia Maha Benar janiNya. Firman Allah: (maksudnya)
“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka sedang engkau (wahai Muhammad) ada antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar” (Surah al-Anfal: 33).
Inilah janji Allah. Dalam ayat ini; kewujudan Nabi s.a.w dan kewujudan istighfar menghalang azab Allah. Adapun Nabi s.a.w baginda sudah tiada dalam kalangan kita, namun istighfar terus ada jika kita mengamalkannya. Wahai jiwa yang dihambat dosa! Beristighfarlah sebanyak-banyaknya nescaya diselamat dari bala dosa. Wahai yang takut ditimpa bala! beristighfarlah.


Ditambah Kekuatan
Gelora hidup kadang-kala amat menakutkan. Ia memukul insan dari sudut yang diduga dan tidak diduga. Jika hanya bergantung kepada kekuatan diri semata, insan akan terkorban dan tidak akan berdaya. Ganasnya lautan hidup hanya dapat dihadapi dengan kekuatan kurniaan Allah. Firman Allah: (maksudnya)
“(Kata Nabi Hud) dan Wahai kaumku! mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian taubatlah kepadaNya, supaya ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu (yang sedia ada)”. (Surah Hud: 52).
Dengan tambahan kekuatan dari Allah dan bantuanNya insan merasai kekuatan dalam menelusuri permusafiran di dunia yang fana ini.
Maka membanyakkan istighfar adalah penawar hidup. Betapa banyak kisah insan-insan yang Allah berikan pelbagai kurnia disebabkan mereka membanyakkan istighfar. Betapa banyak hamba-hamba Allah yang diselamatkan dari pelbagai kesusahan, diberikan ketenteraman jiwa dan pelbagai pertolongan berkat keikhlasan istighfar mereka. Setiap insan yang beristighfar dengan ikhlas sebanyak-banyaknya pada sesuatu hari akan merasai kesyahduan ruhnya. Allah akan membuka ufuk akalnya. Dia akan alami kekudusan jiwa, kesegaran minda dan merasai perdampingan dengan Allah.
Tapi syaratnya, hendaklah istighfar yang ikhlas. Bukan yang hanya ‘berlagu’ dimulut tapi kontang jiwanya dalam mengharapkan keampunan Allah. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (w. 728H) menceritakan bahawa bagaimana beliau apabila menghadapi masalah, beliau akan beristighfar sehingga seribu kali atau lebih, di mana sahaja beliau berada; di masjid, di pasar, di pusat pengajian sehinggalah beliau dapati Allah lapangkan dadanya dan tunaikan hajatnya. (lihat: Ibn ‘Abd al-Hadi, al-‘Uqud al-Durriyah, 21. Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi).
Marilah kita banyakkan istighfar, ia adalah penawar. Istighfar adalah penyembuh derita jiwa seorang hamba. Ia membawa kurnia Allah yang disangka dan tidak disangka. Maka datanglah rezeki, kebahagiaan dan pertolongan. Hiasilah kepahitan hidup dengan istighfar, nescaya kita akan merasai kemanisan dan kelazatan berada di persada alam yang sementara ini.

Rahsia Jari Anda




PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA!!!!!!!



Asas 5 jari

Jari telunjuk : Usus


Jari tengah : Jantung


Jari Manis : Imuniti

Jari kelingking : Rahim/ Tulang belakang



1:~    Cuba anda lihat pada ruas jari-jari  anda..Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya badan kita ni penuh dengan racun dan toksik. Perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

2:~    Sekiranya anda adalah seorang wanita, cara untuk tengok system dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking kita. Kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

3:~    Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tangan masing-masing, kalau yang suka marah-marah tu mungkin angin dalam badan banyak. Sebab itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

4:~    Selain itu, pernah tak sahabat-sahabat mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau lembab ke?..Jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel-sel  kanser.

5:~    Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami
masalah resdung, alergi, dan penyakit paru-paru. Sekiranya, perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

6:~    Selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya.

7:~    Yang ini saya kira paling menarik untuk kita tengok sekiranya kita sebagai seorang wanita. Cuba sahabat-sahabat tengok pada kuku setiap jari anda..Jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

8:~    Tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang sihat..Insya Allah...




Kerja, Kerja, Kerja and Kerja!!!

Hari minggu orang lain best jer dok rumah...
Tidur sampai lebam!!...
Tapi kenapelah nasib saya ni tak macam orang lain...hari-hari kerja...
Memang tak akan habis la kerja ni...
Sekarang ni pun masih di pejabat...kiranya masih bekerja la...
Ni pun berahat sekejap sebab berhenti makan tengah hari...
Lepas ni sambung mesyuarat balik...harap-harap ape yang bos kate semalam tak jadi la...
Bos saya kata "Esok bawak baju datang opis...kemungkinan kita kena tidur di opis"...
Adus, tak nak la tidur kat opis...sebab ape ye?...
Kate jer tidur tapi memang tak akan tidurnya...
Banyak sangat kerja nak di selesaikan...
Nasib baik makanan disediakan...tak la kebulur...hehehe
mengantuk tak cukup tidur semalam pun tak hilang lagi...
Kerja semalam pun sampai pukol 12...
Pagi tadi nasib baik bos tak marah datang lambat...
Terlajak tidur sampai pukol 10 pagi...nasib-nasib...hehehe

Saturday, February 5

..........Sambungan

Sekarang dah pukol 10.30 malam...
Masih di opis lagi...
Entah pukol brape la boleh balik ni....
Dah la esok kena datang lagi...
pagi-pagi pulak tu sebab banyak kertas nak kena pinda...
Tadi pun dalam meeting bos dah pesan suruh bawak baju siap-siap esok...
Takut kena tidur kat opis...huhu
Nampak gayanya terpaksa jugak la kena tidur opis esok...Nasib-nasib....
Walau dalam keadaan terpaksa pun kena buat jugak la...
Demi mencari rezeki yang halal...
Kepada sape-sape yang senasib dengan saya ni...banyak-banyak bersabar la yer...hehe

Kerja Di Hari Minggu = '(


Pagi-pagi minggu dah kena bangun awal..kena datang opis...Aduss....
Dah la semalam tidur pun dah kol 5 pagi....Hurmmm
Takpe la...Dah name pun kerja kan...Datang jugak la...
Dalam keadaan mata yang masih tak ckup tidur ni...
Aku gagah kan jugak la datang opis...
Mata ni pun ngantuk bukan ape...
Dah tahu hari ni kena kerja tapi tidur lewat jugak...
Pergi layan live band! semalam kat BB Bistro sampai pukol 2 pagi...
Lepas tu lepak lagi kat KTM Serdang...
Pekena Shisya dulu sampai pukol 4 pagi...
Pastu baru balik...Sampai rumah dalam 4 lebih jugak la...
Baring-baring pukol 5 pagi baru boleh lelap...
Bangun pulak kol 8 pagi...
Sebab tu ngantuk sangat mata ni...
Tak cukup tidur...Hehehe
Kalu ikutkan hati ni memang nak sambung tidur jer...
Tapi dah name pun arahan bos...
Ku gagahkan juga datang ke opis ni (Macam Terpaksa Jer...Hehe)..
Aku ucapkan pada diri aku ni...Selamat bekerja la ye...Jangan malas-malas...hehe


p/s: Time kerja pun sembat nk update blog ni...buat kerja ke tak ni...hehe

Bersambung....