1. Belajar Membaca Dengan Cepat
Spreeder. Di website ini kita akan diajar untuk membaca dengan lebih cepat, teorinya rata-rata orang mempunyai kemampuan membaca 200 kata seminit. Spreeder akan melatih kita untuk membaca dengan kecepatan 300 kata seminit.
LiveMocha. Laman ini adalah gabungan social networking dengan kursus bahasa, jadi kita dapat belajar terus dengan orang dari negara asalnya. Kita boleh chating dengan lancar menggunakan bahasa yang ingin kita pelajari contohnya Bahasa Perancis. Menariknya tulisan kita akan direview oleh orang-orang disana, jika ada kesalahan mereka tidak akan segan membetulkannya.
3. Universiti secara self learning
Lecturefox. Belajar dengan sendiri bererti kita harus membaca rujukan yang banyak dan banyak kelebihannya jika kita mendapatkan rujukan dari Universiti-universiti terkenal.
Di website ini kita boleh membaca, mendengar dan melihat gambar-gambar yang berhubungan dengan Universiti seperti MIT, UCLA, Houston University, Oxford University, dll. Kebaikannya, selalu ada tugasan dan pelajaran baru yang disubmit ke sini. Jika anda seorang mahasiswa, jangan copy and paste ya.
4. Menaip Dengan Cepat
RapidTyping adalah website yang menyediakan program untuk kita menaip dengan dengan cepat!. Sebuah sekolah menaip cepat dimana pelajarnya diberi tutorial dengan cara yang mudah dan menyenangkan. Tidak terbatas pada usia!. Komputer sudah menjadi sebahagian dari hidup kebanyakan manusia, secara automatik menaip pun sudah menjadi sebuah kebiasaan.
5. Membuat Research
Schoolr didesign sebagai research search engine atau dalam bahasa biasa Search Engine untuk research. Kalau kita menaip sebuah topik, dia akan mencari database dan mengarahkan kita ke Google, Wikipedia, Wolfram Alpha, dan kamus-kamus yang berkaitan dengan research.
6. Menyemak Grammar
Bahasa Inggeris sudah menjadi bahasa Antarabangsa, mahu tidak mahu kita harus belajar bahasa Inggeris. Untuk menterjemah ayat, kita boleh merujuk Google translate atau buka kamus. Tapi dalam menulis ramai orang yang membuat kesalahan, terutama grammar. SpellCheckPlus, website ini akan menyemak apakah tulisan anda sudah ada pada susunan yang tepat atau tidak.
7. Gedung Ilmu
Wikipedia walaupun sumbernya boleh dipertikaikan dan tidak boleh dijadikan sumber rujukan dalam tugasan pelajar Universiti kerana ia boleh dimasukkan oleh siapa sahaja tetapi ilmu yang dikongsi di sini kebanyakannya tepat.
8. Laman Tutorial Script
W3School, kandungan laman ini ialah tutorial programming yang meng "cover"banyak topik yang berkaitan dengan internet (dari HTML sehingga AJAX). Selain tutorial, laman ini juga mengandungi rujukan lengkap (boleh download) dan online Demo untuk tiap subtopik yang dibicarakan. Jadi kita boleh terus online tanpa memerlukan menggunakan web server.
9. Dan yang terakhir, tambahan dari Malaysia
Portal JPA…tidak syak lagi bagi Penjawat Awam..gedung ilmu terbesar..
p/s: semoga menjadi manfaat kepada smua...=)